15 April lalu, letusan gunung berapi yang diliputi ais di Iceland telah menyebabkan negara-negara Eropah diselubungi debu hitam dan aktiviti ekonomi seluruh dunia terjejas teruk kesan dari akibat Tsunami Udara ini. Dan laporan dari Kumpalan Penkaji Proses Permukaan Bumi Universiti Newcastle Berkata :'Rekod menunjukkkan setiap kali Eyjafjallajokull meletus, Katla juga turut meletus. Dan lazimnya letusan Katla lebih teruk'. Saya tertanya-tanya apakah kaitan bencana alam ini dengan kisah akhir zaman? Adakah kerana kerakusan manusia mengeksploitasi hasil bumi merosakkan struktur dan hukum alam?
Ok berbalik pada tajuk " Dunia Sudah Tua " , pada 22 April 2010 yang lepas satu forum berkaitan dengan isu semasa telah diadakan di MMU Melaka yang dikelolakan oleh Institusi Usrah IPT berkenaan. Penceramah yang dijemput ialah En Abdul Halim Abdul Hamid dan Ustaz Najib Bagi membincangkan isu berkaitan masalah isu semasa dan kaitannya dengan Umur Bumi kita. Topik yang agak luas ini dimudahkan dengan contoh serta bukti kejadian yang berlaku disekeliling kita. Ustaz Najib banyak menekankan masalah Isu Sosial seperti kes buang bayi, kes cabul kanak-kanak sehinggalah isu kahwin muda. Beliau tidak terlepas menyenaraikan tanda-tanda besar akhir zaman sebagai ingatan kepada hadirin yang hadir.
En. Abdul Halim menguatkan Topik Dunia Sudah Tua dengan isu-isu ekonomi dunia yang dipraktis sekarang ini hanya akan menjerumuskan kita ke dalam agenda Yahudi dalam tidak kita sedari seperti kata beliau tentang hadith qudsi" Fitnah akhir zaman itu akan datang kepada kamu seperti seekor semut hitam diatas batu hitam dan di malam yang gelap gelita tanpa bulan dan bintang". Cukuplah sekadar itu menerangkan kepada kita bahawa sistem ekonomi kita telah dimanipulasi oleh pihak Yahudi dengan menerapkan teori Ekonomi Moden, dan tahukah anda asal perkataan "moden" itu dari "MAUTDEEN" atau maknanya "mautkan agama". Dan semasa artikel ini ditulis 80% emas dunia sudah dimiliki oleh Yahudi. Dan kita disini masih mendombakan wang kertas yang saya pun tak tahu mana nilainya kertas yang boleh direcycle ini :).
Dibawah disertakan gambar-gambar semasa forum:
Sekitar bulan April ini, aktiviti jelajah Malaysia banyak diadakan untuk meningkatkan pemahaman rakyat tentang kepentingan emas bukan untuk alat investasi, malangnya saya tidak berkesempatan untuk berkongsi semuanya di blog ini. Anda berpeluang membacanya di blog saudara-saudara saya yang menceritakan keadaan di sekitar majlis dengan klik link-link dibawah ini:
Sekitar Acara Seminar Kebangkitan Ekonomi Syariah Di Tengah Krisis Ekonomi Global , JAKARTA, INDONESIA : tulisan The Gold Dinar
Perjalanan Jelajah Dinar & Dirham di Malaysia (April 2010): tulisan Southern Community Gold
Siri Jelajah Dinar Dirham di Surau al-Furqan Fasa 2, Puncak Alam: tulisan Wakala Jentayu Emas.
Adam...
*Part 1*
*Stance*
First, stand perpendicular to your target with your feet straddling the
shooting line and shoulder width apart. Balance your body weight ...