Putradinar ialah sekumpulan pengkaji ekonomi alternatif yang bebas. Kami berlatar belakangkan bidang pengurusan dari Faculty Business & Law (MMU Melaka). Bermula dengan hanya beberapa pelajar ekonomi yang mencari jawapan hasil dari permasalahan ekonomi yang dari dulu kita dengar seperti harga barang naik, penganguran, beza miskin dan kaya, dan berkesudahan dengan masalah sosioekonomi yang tidak perlu diperkenalkan lagi di negara kita sekarang ini. Apa kaitannya kes pecah rumah, buang bayi, rompakan dan lain-lain lagi dengan EKONOMI? Dari semester pertama hingga semester akhir kami diberi dengan maklumat dari buku-buku tokoh ekonomi barat dengan berbagai teori mereka sebagai contoh Adam Smith dengan "Invisible Hand Theory" dan "Absolute Advantage", David Ricardo dengan teori "Comparative Advantage" dan John Maynard Keynes dengan teori ekonomi moden beliau. Walau macam mana hebat teori mereka mengapa masih ada penganguran atau kenaikan harga barang?
Jawapan permasalahan diatas mula terungkai perlahan-lahan apabila kami dikenalkan dengan salah seorang pensyarah MMU Melaka "En. Abdul Halim Abdul Hamid". Beliau mengenalkan kami dengan emas dan dinar, satu ilmu yang yang tidak disertakan dalam buku-buku ekonomi konvensional. Sejak dari itu blog ini dengan nama panggilan PUTRADINAR ditubuhkan. Bermula dengan dua Putradinar ( Adam & Afham berlatarbelakangkan "International Economy"), kami terjun dalam dunia perniagaan emas Malaysia sekadar untuk memahami keadaan dan tahap pemahaman masyarakat terhadap emas dan dinar. Sepanjang setahun penglibatan kami dalam dunia emas rata-rata pemahaman masyarakat masih lemah hinggakan NILAI SEBENAR emas pun ramai yang masih samar.
Yang menariknya walaupun banyak seminar diadakan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Universiti, Syarikat Pengeluar Emas dan penceramah-penceramah bebas tentang masalah wang FIAT, inflasi serta punca inflasi tetapi rata-rata yang hadir bagai faham emas itu bernilai untuk dijadikan hanya sebagai pelaburan. Tidak keberatan kami katakan mereka masih tidak memahami nilai sebenar emas. Kami ditemukan dengan kenapa masyarakat masih tidak jelas tentang emas dan salah satunya disebabkan oleh konsep "buy low sell high" masih diajar dalam buku-buku pelaburan dan diapdatasikan dalam blog-blog yang mengajar cara melabur dengan emas. Jika anda tahu masalah wang FIAT, adakah konsep "buy low sell high" ini masih relevan dengan emas? Tanya diri anda sendiri.....
Dan ianya juga disebabkan oleh harga emas yang semakin tinggi membuatkan mereka tidak lagi mampu membeli dalam kuantiti yang besar sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman semata-mata untuk memiliki emas dan akhirnya terjerut dalam skim-skim emas yang banyak menipu untuk kepentingan sesetengah pihak. Dah paham emas masuk perangkap lain pulak dah….. Jika anda tahu masalah wang FIAT, adakah anda akan mudah tertipu dengan SKIM PELABURAN EMAS? Tanya diri anda sendiri.....
Dan setakat ini mereka yg datang mendengar ceramah dan seminar kami setakat ini yang diajar menyimpan emas dari hanya lebihan gaji bulanan amat berpuas hati kerana tidak perlu berhutang dengan mana-mana pihak untuk memulakan simpanan emas mereka. Rata-rata mereka dikalangan golongan berpendapatan rendah, golongan berpendapatan sederhana serta mereka yang baru mulakan alam pekerjaan yang tidak mampu membeli emas dalam kuantiti yang besar. Tak percaya? Tanya mereka :)
Terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu kami menyiapkan "research" yang mungkin akan membantu masyarakat kita dalam menyimpan harta sebenar. Tak kurang juga kepada putradinar-putradinar yang lain yang banyak membantu:
- Hamizah & Fazlin ( Business Strategy & Banking System)
- Syairazi & Naqib ( Marketing)
- Izham, Munky & Hafizee ( Invisible Putradinar)
- Abg Izwan & Mr Wantwo ( Jewelry co-ordinator)
Temui kami 3 & 4 April 2010 di Dataran Pahlawan, Melaka diatas jemputan pelajar-pelajar Islamic Banking MMU Melaka untuk program mereka “The Golden Revolution”.
link untuk atucara penuh klik sini